Ahad, 13 November 2011

Cara Mencuci Carpet

Masa aku mula2 cari macam mana cara terbaik nak cuci carpet, aku tak jumpa dalam internet. Kebanyakannya offer khidmat cuci karpet je. Lama jugak aku cari cara terbaik macam mana nak cuci karpet ni sebab kalau cuci sendiri leh memaksimumkan keuntungan. Memang la penat skit tapi untuk kedai kecik2 cam kami ni memaksimumkan income tu amat penting. So aku nak kongsi kat sini bagaimana cara termudah untuk cuci karpet supaya kalau ada orang google (cam aku dulu) info ni boleh membantu mereka yang mahukan caranya tapi tak ada orang nak ajar. Cara ni aku dapat kat member tempat keje yang jgk ada bisnes dobi.

Barang yang diperlukan
1. 2 way vacum (yang boleh sedut air and habuk)
2. water jet (leh beli kat giant je)
3. sabun (ikut suka la nak pakai sabun apa)

Cara2
1. Vacum karpet tu dulu tuk buang habuk. Kalau terlampau berdebu sangat leh ketuk2 dulu pakai kayu ke apa.
2. Sembur air ngan water jet
3. Letak sabun dan berus secara manual.
4. Kemudian bilas dengan air pakai water jet sampai hilang sabun.
5. Pastu vacum lebihan air sampai agak2 kering skit.
6. Jemur. Kena jemur agak lama.
7.  Lepas dah betul2 kering sembur pewangi.
8. Balut dengan plastik lembut (yang balut perabut).
(terpulang kalau nak letak softtener)

-Karpet tersebut perlu di gantung. Jangan cuci kat atas lantai nanti kotor balik karpet tu.

4 ulasan:

  1. Ya Allah...bersyukur..ada jugak yang sudi kongsi... saya baru nak buka dobi, tapi bajet kecik nak beli equipment yg lengkap untuk cuci karpet.. terima kasih kerana sudi berkongsi... Alhamdulillah...

    BalasPadam
  2. Ya Allah...bersyukur..ada jugak yang sudi kongsi... saya baru nak buka dobi, tapi bajet kecik nak beli equipment yg lengkap untuk cuci karpet.. terima kasih kerana sudi berkongsi... Alhamdulillah...

    BalasPadam
  3. Camna cara nak bagi hilang sabun pada karpet tebal

    BalasPadam