Rabu, 17 November 2010

Cerita Dobi Saya

Saya mempunyai latar belakang dalam bidang komunikasi dan telah lebih lima tahun berada dalam industri media. Sejujurnya memang saya tak pernah terfikir untuk berniaga apatah lagi membuka sebuah kedai dobi. Ekoran berkenalan dengan seorang usahawan muda yang memperkenalkan revolusi baru dalam industri dobi minat untuk memulaankan perniagaan dobi sendiri mula datang untuk menambah pendapatan keluarga. Setelah berbincang dengan suami yang mempunyai latar belakang kejuruteraan mekanikal, kami pun bersetuju untuk membuat pinjaman bagi memulakan perniagaan.

Atas dasar percaya kepada usahawan bumiputera tersebut yang memberi janji yang pelbagai bagi mengambil francaisnya, kami melabur sejumlah wang dengan harapan perniagaan akan maju dengan bantuan yang dijanjikan. Kami mencari lokasi kedai dan membayar deposit sewa kedai. Peribahasa Janji Melayu bukan wujud  atas dasar dengki manusia kepada bangsa melayu tetapi itulah kenyataan. Bukan aku mahu mengutuk bangsaku sendiri tapi insan seperti ini la yang merosakkan nama Melayu.Dengan wang yang mencecah puluhan ribu, dia hanya memberikan dua buah mesin, satu set pos system, kos ubah suai kedai (untuk partition, sedikit wiring dan piping) serta papan tanda.

Bagaimanapun, proses pengubahsuaian megambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan mengajibatkan kami kerugian kerana terpaksa membayar sewa kedai selama tiga bulan tanpa perniagaan. Bukan sahaja itu, oleh kerana ingin memulakan perniagaan, kami terpaksa melakukan selebih pengubahsuaian sendiri kerana tidak sanggup dengan kelewatan itu. Kami membeli sendiri kipas, lampu, meja kaunter, rak, computer, hanger, membuat tempat gantung, wiring dan piping, mengecat lantai. (semua kos tersebut sepatutnya termaktub dalam harga pakej yang diberi).

Bulan pertama kami beroperasi, syarikat yang kononnya menawarkan francais tersebut telah lepas tangan dan tidak mempedulikan langsung mengenai kami yang sepatutnya diberikan tunjuk ajar. Oleh kerana kami tidak mahu memanjangkan cerita dan sedar telah ditipu dengan janji2 yang diberikan, kami melakukan usaha sendiri  untuk mencari stok sabun dan plastik sendiri, mencari kaedah mencuci karpet secara manual (untuk menambah pendapatan kedai) serta tender2 yang sebelum ini dijanjikan mereka.

Alhamdullilah, walaupun masih merangkak, kami dapat melihat peningkatannya. Sipolan yang dimaksudkan pula asyik menyuruh kami menandatangani kontrak. Sejujurnya, memang kami tidak kami tidak akan menandatangani apa2 kontrak pun kerana semasa memerlukan bantuan, di manakah anda? Jangan pula selepas ini anda meletakkan nama anda di dalam perusahaan kami..Namun, kami tidak mahu bergaduh atau bermuduh dengan sesiapa. Kami terpaksa akur, walaupun ditipu, dia juga membuka peluang kepada kami untuk memulakan perniagaan. Harap hari2 depan lebih mendatangkan hasil kepada kami...Amin

2 ulasan: