Ahad, 13 November 2011

Cara Mencuci Carpet

Masa aku mula2 cari macam mana cara terbaik nak cuci carpet, aku tak jumpa dalam internet. Kebanyakannya offer khidmat cuci karpet je. Lama jugak aku cari cara terbaik macam mana nak cuci karpet ni sebab kalau cuci sendiri leh memaksimumkan keuntungan. Memang la penat skit tapi untuk kedai kecik2 cam kami ni memaksimumkan income tu amat penting. So aku nak kongsi kat sini bagaimana cara termudah untuk cuci karpet supaya kalau ada orang google (cam aku dulu) info ni boleh membantu mereka yang mahukan caranya tapi tak ada orang nak ajar. Cara ni aku dapat kat member tempat keje yang jgk ada bisnes dobi.

Barang yang diperlukan
1. 2 way vacum (yang boleh sedut air and habuk)
2. water jet (leh beli kat giant je)
3. sabun (ikut suka la nak pakai sabun apa)

Cara2
1. Vacum karpet tu dulu tuk buang habuk. Kalau terlampau berdebu sangat leh ketuk2 dulu pakai kayu ke apa.
2. Sembur air ngan water jet
3. Letak sabun dan berus secara manual.
4. Kemudian bilas dengan air pakai water jet sampai hilang sabun.
5. Pastu vacum lebihan air sampai agak2 kering skit.
6. Jemur. Kena jemur agak lama.
7.  Lepas dah betul2 kering sembur pewangi.
8. Balut dengan plastik lembut (yang balut perabut).
(terpulang kalau nak letak softtener)

-Karpet tersebut perlu di gantung. Jangan cuci kat atas lantai nanti kotor balik karpet tu.

Setelah setahun...

Setelah setahun blog ini di create dan dibiarkan bersawang, skang tergerak hati plak nak aktifkan balik. Ingat nak delete je tapi tetiba rasa macam sayang je. So aku continue balik cerita dobi aku. Setahun berlalu..banyak rasanya aku nak kongsi mengenai apa yang kami lalui. Terlalu banyak..for now sejujurnya kami masih cuba bertahan. Masih sama. Apa yang kami lalui dan hadapi adalah penipuan sepanjang masa. Ada sahaja orang nak tipu. Sepanjang setahun lepas, bila hari baru nak cerah tetiba mendung balik. Baru dapat tender cucian dalam bentuk pukal, sampai sekarang bayaran tak terima. Kenapa perlu wujud orang yang nak mengambil kesempatan kepada orang yang baru nak bertapak? Pelik la. Tapi tak apa setakat ni kami masih cuba bertahan selagi yang boleh..

Rabu, 17 November 2010

Cerita Dobi Saya

Saya mempunyai latar belakang dalam bidang komunikasi dan telah lebih lima tahun berada dalam industri media. Sejujurnya memang saya tak pernah terfikir untuk berniaga apatah lagi membuka sebuah kedai dobi. Ekoran berkenalan dengan seorang usahawan muda yang memperkenalkan revolusi baru dalam industri dobi minat untuk memulaankan perniagaan dobi sendiri mula datang untuk menambah pendapatan keluarga. Setelah berbincang dengan suami yang mempunyai latar belakang kejuruteraan mekanikal, kami pun bersetuju untuk membuat pinjaman bagi memulakan perniagaan.

Atas dasar percaya kepada usahawan bumiputera tersebut yang memberi janji yang pelbagai bagi mengambil francaisnya, kami melabur sejumlah wang dengan harapan perniagaan akan maju dengan bantuan yang dijanjikan. Kami mencari lokasi kedai dan membayar deposit sewa kedai. Peribahasa Janji Melayu bukan wujud  atas dasar dengki manusia kepada bangsa melayu tetapi itulah kenyataan. Bukan aku mahu mengutuk bangsaku sendiri tapi insan seperti ini la yang merosakkan nama Melayu.Dengan wang yang mencecah puluhan ribu, dia hanya memberikan dua buah mesin, satu set pos system, kos ubah suai kedai (untuk partition, sedikit wiring dan piping) serta papan tanda.

Bagaimanapun, proses pengubahsuaian megambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan mengajibatkan kami kerugian kerana terpaksa membayar sewa kedai selama tiga bulan tanpa perniagaan. Bukan sahaja itu, oleh kerana ingin memulakan perniagaan, kami terpaksa melakukan selebih pengubahsuaian sendiri kerana tidak sanggup dengan kelewatan itu. Kami membeli sendiri kipas, lampu, meja kaunter, rak, computer, hanger, membuat tempat gantung, wiring dan piping, mengecat lantai. (semua kos tersebut sepatutnya termaktub dalam harga pakej yang diberi).

Bulan pertama kami beroperasi, syarikat yang kononnya menawarkan francais tersebut telah lepas tangan dan tidak mempedulikan langsung mengenai kami yang sepatutnya diberikan tunjuk ajar. Oleh kerana kami tidak mahu memanjangkan cerita dan sedar telah ditipu dengan janji2 yang diberikan, kami melakukan usaha sendiri  untuk mencari stok sabun dan plastik sendiri, mencari kaedah mencuci karpet secara manual (untuk menambah pendapatan kedai) serta tender2 yang sebelum ini dijanjikan mereka.

Alhamdullilah, walaupun masih merangkak, kami dapat melihat peningkatannya. Sipolan yang dimaksudkan pula asyik menyuruh kami menandatangani kontrak. Sejujurnya, memang kami tidak kami tidak akan menandatangani apa2 kontrak pun kerana semasa memerlukan bantuan, di manakah anda? Jangan pula selepas ini anda meletakkan nama anda di dalam perusahaan kami..Namun, kami tidak mahu bergaduh atau bermuduh dengan sesiapa. Kami terpaksa akur, walaupun ditipu, dia juga membuka peluang kepada kami untuk memulakan perniagaan. Harap hari2 depan lebih mendatangkan hasil kepada kami...Amin

Ahad, 14 November 2010

Salam Pengenalan...

Assalamualaikum kepada para pembaca.. Blog Cerita Dobi (CD) diwujudkan di atas dasar pritahin apabila menyedari ramai pengusaha dobi yang baru memulakan perniagaan yang ditipu oleh banyak pihak yang ingin mengaut keuntungan lebih. Antaranya daripada pembekal-pembekal  peralatan, syarikat-syarikat yang menawarkan pakej-pakej permulaan perniagaan dan juga daripada francaisor. Oleh itu Cerita Dobi mahu menjadi platform di mana pengusaha-pengusaha dobi boleh bertukar pendapat dan pengalaman supaya kita lebih berjaya dan maju dalam bidang ini...Insyaalah...